Keluarga Bahagia
Rancangan Pengajaran Harian
Rabu, 2 April 2014 • 6:43 PTG • 0 comments

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tajuk / Tema                            :           Diri Saya
Subtema                                  :           Saya dan Keluarga
Tempoh Masa                          :           30 minit
Alat Bahan                              :           Gambar Ahli Keluarga
Tunjang Utama                                    :           Tunjang Komunikasi
Pembelajaran Utama               :           B.M 2.1 Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan
                                                            sebutan yang betul
Standard Pembelajaran          :           P.F.K 1.1 Melakukan kemahiran motor halus
Yang Digunakan

Objektif Pembelajaran             :           Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1.        Menyebut nama ahli keluarga terdekat.
2.       Menyebut panggilan yang betul untuk setiap ahli keluarga.
3.       Menggunakan kemahiran motor halus bagi mewarnakan gambar ahli keluarga.

Kosa Kata                                :           Datuk,nenek,ibu,ayah,abang,kakak,adik
Pengetahuan Sedia Ada         :           Nama-nama ahli keluarga
Penerapan Nilai                      :           Saling sayang, bantu membantu,hormat-menghormati.



Description: C:\Users\user\Desktop\Mini Games\gambar is\gambar kamera\DCIM\101MSDCF\DSC01465.JPG




SLOT PENGAJARAN HARIAN

Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Alat/Bahan
Set Induksi
3 min
Gambar sebuah ahli keluarga
Guru menunjukkan gambar sebuah ahli keluarga sambil bersoaljawab dengan kanak-kanak
Murid melihat dan bercerita mengenai gambar tersebut
Gambar Ahli Keluarga
Langkah 1
10 min
Bersoaljawab mengenai ahli keluarga sendiri
Guru bersoaljawab dengan murid mengani ahli keluarga sendiri yang tingal dalam satu rumah
Murid memberi respon dengan menyenaraikan nama-nama ahli keluarga sendiri yang tinggal dalam satu rumah

Langkah 2
7 min
Panggilan untuk akli keluarga
Guru meminta murid untuk menyebut panggilan yang digunakan bagi setiap ahli keluarga tersebut. Guru membimbing supaya murid-mirud dapat menyebut panggilan yang betul
Murid-murid menyebut panggilan yang digunakan bagi setiap ahli keluarga seperti datuk,nenek,ibu,ayah, abang,kakak dan adik
Carta gambar
Langkah 3
7 min
Mewarna dan menyebut dengan betul berdasarkan lembaran kerja
Guru meminta murid menyebut dan mewarnakan gambar mengikut kreativiti masing-masing
Murid menyebut dan mewarnakan gambar mengikut kreativiti masing-masing
Lembaran kerja
Penutup
3 min
Hormat-menhormati
Guru menerangkan tentang pentingnya kita menghormati ahli keluarga
Murid-murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat.
Menyanyi bersama-sama dengan riang
Video lagu

REFLEKSI GURU : Objektif guru tercapai pada akhir pembelajaran murid dapat menyebut

                     nama ahli keluarga dengan betul seperti datuk,nenek,ibu,ayah ,abang,kakak,adik.

Label:




Diary About Link Stuff


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Sue